Showing posts with label aksi sukan. Show all posts
Showing posts with label aksi sukan. Show all posts

Perlawanan Tangguh Seketika Untuk Tunai Solat

Perlawanan Tangguh Seketika Untuk Tunai Solat


Solat Semasa Perlawanan Kriket

KUALA LUMPUR – Para pemain pasukan Kriket Kebangsaan Afghanistan menggamit perhatian ramai setelah beberapa keping foto mereka sedang menunaikan solat atas padang sebuah stadium tersebar di internet.

Foto-foto tersebut dirakamkan pada Mac 2014 semasa perlawanan kriket di antara Bangladesh dan Afghanistan yang berlangsung di Stadium Khan Shaheb Osman Ali, Fatullah, Bangladesh.

Menurut sumber, wakil pasukan Afghanistan telah meminta kebenaran pengadil menangguhkan seketika perlawanan untuk menunaikan solat Maghrib sebelum separuh masa kedua dimulakan.