Showing posts with label alyah. Show all posts
Showing posts with label alyah. Show all posts

Ramli MS Kahwin Lain. Alyah Akui Hidup Kini Sudah Hancur

Ramli MS Kahwin Lain. Alyah Akui Hidup Kini Sudah Hancur

Akhirnya penyanyi ini membuka mulut tentang status beliau yang dimuatnaik ke laman sosial hari ini sehingga menilmbulkan tanda tanya di kalangan para peminat beliau. Alyah mengakui yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin lagi dengan wanita lain.
Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Alyah berkata beliau sudah menghidu lama tentang berita perkahwinan suaminya dengan wanita bernama Siti Hafilah Che Kar namun baru baru ini sahaja berjaya menerima bukti bergambar mereka berdua.
“Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tapi baru saja dapat bukti bergambar. Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin”
Luah Perasaan Di Instagram, Rumahtangga Alyah Kini Dalam Masalah? - ROTIKAYA
“Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti,” ujarnya.
Alyah turut mendedahkan yang suaminya itu selama ini menegah gambar mereka berdua sebagai suami isteri dimuat naik ke Instagram atau diambil bersama.
“Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak. Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur,” tambah Alyah lagi. 

Luah Perasaan Di Instagram, Hubungan Alyah Dalam Masalah?

Luah Perasaan Di Instagram, Hubungan Alyah Dalam Masalah?
Kami tidaklah pandai mahu menafsir luahan perasaan manusia di Instagram namun selepas baca beberapa kali apa yang disampaikan oleh penyanyi Alyah melalui akaun sosial beliau sebentar tadi, seakan ada yang tidak kena dalam kehidupannya kini.
Dalam status terbaru Alyah petang ini, penyanyi itu mengirimkan ayat berbaur pertanyaan tentang perngorbanan beliau selama ini yang seakan tidak cukup terhadap seorang individu.
Luah Perasaan Di Instagram, Rumahtangga Alyah Kini Dalam Masalah? - ROTIKAYA
Jika bercakap tentang soal cinta, pastinya semua tahu yang Alyah merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS sejak lebih setahun yang lalu. Adakah status penuh tanda tanya ini ditujukan buat suaminya itu dan hubungan mereka kini dalam masalah?
“Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi pengorbanan yang saya lakukan?” memetik sebahagian tulisan Alyah.
Kalau benar ada masalah dalam rumahtangga, ada baiknya jika diselesaikan sesama suami isteri tanpa membawa perkara ini ke laman sosial dan seterusnya menjadi spekulasi. Kami doakan yang baik baik sahaja buat Alyah & Datuk Ramli MS.