Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Aksi Aiman Mencium Fathia Semasa Karpet merah Anugerah Drama Festival KL 2015


Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan kini kembali bagi tahun 2015!

Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasi yang terkemuka dan mendapat pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.

DFKL pada tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. 

Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.

Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. 

Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra, Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq (Glue Studios) dan ramai lagi - Budiey.

Apapun, mari saksikan 15 foto sekitar karpet merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 yang sedang berlangsung ketika ini.















Foto Nad Zainal pakai baju kurung nipis yang agak tembus pandang ditegur peminat























Anda masih ingat Nad Zainal? Pelakon wanita berusia 24 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukan Bidadari ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya memakai baju kurung yang agak nipis sehingga menampakkan sesuatu.

Nad yang kini sedang meningkat naik di dalam industri hiburan turut dilihat memakai tudung secara rambang. Susulan itu, beliau ditegur peminat di laman sosial.

Jom baca komen teguran peminat buat si aktres cantik ini dan foto beliau pakai baju kurung nipis yang agak tembus pandang. Mungkinkah Nad tersalah pilih baju? Kami tak pasti pulak !!








Nora Danish nafi putus cinta dengan Nedim Razak


Duta baru produk Safi Rania Gold, Nora Danish menjelaskan yang hubungannya bersama Nedim Nazri masih seperti sedia kala dan menafikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai gambar di laman sosial Instagramnya yang berkapsyen The End yang bermaksud dia telah putus hubungan bersama kekasihnya itu.

Tetapi apa yang menghairankan di sini, dia tidak mengetahui langsung akan perkara tersebut dan apabila diajukan soalan ini dia hanya mampu tergelak sambil tersenyum sahaja.

“Saya tak perasan patutlah komen- komen kat Instagram tanya betul ke saya dah break. ‘The End’ itu bermaksud ‘The End of That Night’, mungkin orang salah faham. Apa yang penting di sini saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial sekiranya ‘break’ atau bergaduh.”

“Cuma saya guna kapsyen di media sosial untuk luahkan rasa rindu terhadap Rayqal bila kadang kadang dia tinggal di rumah lain,” jelasnya sambil ketawa.

Nora turut memberitahu bahawa Rayqal kini sudah masuk ke darjah satu di sekolah antarabangsa. Dia sebagai seorang ibu agak berdebar kerana melihatkan anaknya yang sudah membesar. Baru-baru ini apa yang mencuit hati Nora apabila putera sulungnya itu meluahkan hasrat mahukan adik.

“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak setiap hari”

“Jadi saya boleh tahu apa kerja sekolah dia hari ini dan begitu juga dengan pelajaran mana yang dia mahir dan sebaliknya. Dia juga ada suruh saya melahirkan seorang bayi. Katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” katanya sambil tersenyum.

Selepas pulang dari penggambaran video klip bersama Nomad di Bali, kini dia dilantik pula menjadi duta kepada produk kecantikan ternama Malaysia Safi Rania Gold. Sebelum ini selebriti terkenal yang pernah menjadi duta ialah Rozita Che Wan.











Fesyen Gadis Bertudung Zaman Moden



Wanita Melayu memang cantik bila bertudung kerana menutup aurat adalah salah satu daripada tuntutan agama Islam terutamanya pada golongan wanita

Apa yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan wanita zaman sekarangyang memakai tudung cukup hebat dikritik? Inilah akibat daripada pengaruh yang dibawa oleh budaya barat yang mana kita ikuti tanpa mengetahui halal haram

Cuba kita lihat hari ini, pelbagai jenis fesyen tudung telah dihasilkan. Adakah tudung yang dihasilkan tersebut menepati syariat Islam

Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah yang menutup aurat sepenuhnya, tidak terlalu singkat dan ketat sehingga begitu jelasmenampakkan susuk tubuh si pemakainya

Secara tidak sedar, pemakaian tudung masa kini telah ditelanjangkan oleh mereka yang memang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukannya. 

Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam? Adakah fesyen bertudung masa kini adalah semata-mata untuk menyahut seruan agama ataupun kerana mengikuti trend terkini

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran dan iktibar dalam mendidik khususnya golongan wanita zaman ini yang kebanyakannya bertudung tapi ‘bogel’. 

Kebarangkalian untuk mereka terlupa adalah sangat mustahil kerana mereka tahu, cuma buat-buat tidak tahu. 

Ketahuilah wahai sekalian sahabat, jika seorang wanita itu membuat maksiatatau tidak menutup auratnya dengan sempurna, mereka turut mengheret puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti. 

Mereka-mereka yang dimaksudkan ialah : 
  • Ayahnya
  • Suaminya
  • Saudara-saudara lelakinya
  • Anak lelakinya

Apa-apa pun, kesedaran bagi setiap wanita Islammenutup aurat ini bagus. Lagi pun ianya tuntutan dalam Islam untuk memelihara kesucian dan kehormatan golongan wanita itu sendiri. Fikir-fikirkanlah wahai WANITA. 

Che Ta Buat Hal Lagi Dengan Fesyen Pelik Seluar Ketat??




Beberapa hari yang lalu telah berlangsung majlis sambutan ulang tahun kelahiran Datin Nur Shahida, isteri kepada pengasas D’Herb Dato’ Aliff Syukri. Majlis yang diadakan di sekitar kediaman Dato’ Aliff itu berlangsung dengan cukup meriah malah turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti terkenal tempatan seperti Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Lisdawati dan ramai lagi. Pelbagai fesyen yang digaya#kan oleh artis yang hadir pada majlis tersebut.


**Semoga Rozita Che Wan terus istiqamah dalam berhijab kerana hijrah Rozita Che Wan tersebut sentiasa dinanti-nantikan peminat.

10 WAJAH SELEBRITI MALAYSIA YANG DI KATAKAN SEIRAS




5 WAJAH SELEBRITI MALAYSIA YANG DI KATAKAN SEIRAS | Bagaikan tidak percaya, selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang hampir sama. Pasti ada yang keliru yang mana satu artis kesayangan mereka.

*Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras.

Wawa Zainal dan Ayda Jebat

*Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik. 


           Maya Karin dan Marissa Yasmin

*Memang tidak dapat dinafikan lagi keirasan wajah Maya dan Marissa. Mereka juga digandingkan sebagai ibu (Marissa) dan anak (Maya) dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Marissa yang ketika ditemui tempoh hari ditanya mengenai hal ini berkata: “Ramai yang mengatakan bahawa muka saya seiras Maya dan awak adalah orang yg ke 100 berkata begitu,” ujar Marissa ketawa.


Kavita Sidhu dan Raja Ilya

*Kavita dan Ilya kedua-duanya dikurniakan wajah yang cantik. Jika dilihat gambar di atas, agak sukar untuk membezakan yang mana satu mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai ketinggian bak peragawati. 


Aeril Zafri dan Shafie Naswip

*Aeril dan Shafie bukan sahaja memiliki wajah yang hampir sama, tapi kedu-dua mereka juga mempunya bakat yang besar dalam bidang lakonan. Jika dilihat, keirasan wajah mereka terletak di bahagian hidung dan di mulut. 


Zarina Anjoulie dan Lufya

*Wajah mereka yang sama menyebabkan beberapa kontroversi timbul dan wujudnya perbalahan antara mereka. Zarina juga turut meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter mengenai hal ini kerana orang ramai sering memanggilnya dengan nama Lufya

Neelofa Terlupa Butang Baju



Neelofa Terlupa Butang Baju | Ternyata, kuasa laman-laman media yang ada sekarang ini mampu membuatkan artis-artis di Malaysia ini tercalar imejnya.

Mana tidaknya, setiap perkara yang dimuat naik untuk tujuan berkongsi dengan para peminat mampu membuatkan cerita negatif mudah terjadi daripada perkara yang negatif.

Ini lagi kisah kontroversi yang datang menjengah buat selebriti wanita, Neelofa.

Satu gambar yang dimuat naik oleh Neelofa sendiri di profil Instagramnya pada 6 hari yang lalu mengundang cakap-cakap tidak enak dari orang ramai.

Gambar itu jelas menunjukkan Neelofa tidak membutang bajunya hingga menampakkan buah dadanya.

Betulkah?

Ada antara komen-komen yang diberikan kepada Neelofa boleh dikatakan tidak patut dibuat kerana hanya tuan badan sendiri sahaja yang tahu keadaan bajunya ketika itu.

Tetapi, ada juga peminat yang memberikan komen mengatakan baju yang dipakai oleh Neelofa waktu itu adalah dua lapis.

Gempar!!!Artis ini gugurkan kandungan bukan keguguran?


Al-kisahnya berlaku 2 tahun lepas dimana artis ni sepatutnya menaiki pentas untuk menerima anugerah yang diterimanya namun tidak dapat hadir dan dilaporkan berehat kerana baru sahaja mengalami keguguran.
Namun begitu, hari ini lain pula cerita yang keluar bila artis tersebut dikatakan bukan keguguran sebaliknya dia menggugurkan kandungan’nya yang pada masa itu berusia dalam lingkungan 7 bulan.
Menurut cerita itu lagi, artis tersebut menggugurkan kandungan’nya disebabkan bayi yang sedang dikandung’nya itu tidak cukup sifat. Dan mungkin kerana malu, artis tersebut pun menggugurkan’nya. Astaghfirullah.
Dan tambah mengejutkan, cerita ada menyebut yang keadaan bayi tersebut berpunca dari perilaku artis tersebut yang minum minuman beralkohol pada peringkat awal kandungan. Oh! Kaki botol rupanya.

KANTOI..!! PERBUATAN TIDAK SENONOH anak Sheila Majid Tersebar..!! (2 Foto)



Ada kalanya artis dan public figure yang lain perlu berahsia dan tidak berkongsi kisah peribadi mereka untuk tatapan umum sekiranya benda itu akan mendatangkan fitnah mahupun perkara negatif dan sensitif untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Apa yang ingin dikaitkan di sini ialah mengenai anak dara penyanyi popular, Datuk Sheila Majid, Wan Khaleda atau nama glamornya Kayda Aziz di mana gambarnya sedang bersosial dan bercium dengan seorang jejaka telah tersebar di Internet.


Jika sebelum ini gambarnya berpakaian seksi serta memegang botol arak tersebar namun itu merupakan cerita beberapa tahun lalu. Mungkin orang dah lupakan kisahnya itu.

Namun, seiring dengan perkembangan karier seninya dalam bidang nyanyian yang mula meningkat naik kebelakangan ini, adakah ini merupakan satu publisiti untuknya terus melakar nama dalam bidang ini?

Tak tahulah, hanya tuan punya badan yang boleh menjawabnya.

Siti Nurhaliza Nampak Hodoh Tapi Comel. (15 Foto)



Beberapa keping gambar Siti Nurhaliza yang dikongsikannya menerusi laman sosial kelihatan hodoh tapi masih kelihatan comel walaupun disaluti dengan warna di "The Color Run" yang berlangsuung hujung minggu lalu. 

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama "The Color Run" diadakan di Malaysia. Diharap ia akan diadakan lagi tahun hadapan. Boleh korang join sekali  nanti.

color2.jpg
Beberap keping gambar Siti Nurhaliza yang dikongsikannya menerusi laman sosial kelihatan hodoh tapi masih kelihatan comel walaupun disaluti dengan warna di "The Color Run" yang berlangsuung hujung minggu lalu.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama "The Color Run" diadakan di Malaysia. Diharap ia akan diadakan lagi tahun hadapan. Boleh korang join sekali  nanti.

Lihat 15 gambar beliau di bawah...


color3%2B(1).jpg


color3.jpg


color4.jpg


color5.jpg


color6.jpg


color7.jpg


color8.jpg


color9.jpg


color10.jpg


color11.jpg


color12.jpg


color13.jpg


color14.jpg


color15.jpg


color.jpg