Showing posts with label coli. Show all posts
Showing posts with label coli. Show all posts

GAMBAR : Sanggup Buka Coli Depan Khalayak Untuk Diuji

 BARU-BARU ini berlangsung satu pameran yang dinamakan Secoo 2014 di Chongwenmen, China.

Antara aktiviti di pameran ini adalah memberi peluang kepada orang ramai menguji keaslian dan ketulinan barangan yang mereka beli.

Maklumlah negara China kan terkenal dengan aktiviti ‘ciplak’ dan cetak rompak.
Ramailah yang tampil untuk menguji barangan mereka seperti beg tangan, aksesori dan berbagai lagi.

Namun dalam ratusan pengunjung yang hadir, seorang wanita telah membuat kejutan apabila sanggup membuka colinya di depan khalayak dan menyerahkannya kepada wakil penganjur untuk diperiksa sama ada bra yang dipakainya itu asli atau cuma barangan tiruan!

Mahu tak mahu, petugas berkenaan pun terpaksa memeriksa coli tersebut.

Wanita tersebut bernasib baik kerana setelah diperiksa, ternyata bra ‘branded’ yang dibelinya itu disahkan asli.

Ini macam punya orang pun ada ka….macam-macam…. – MYNEWSHUB.MY

Beratur Separuh Bogel Untuk Dapatkan Coli Dan Seluar Dalam Percuma (Gambar)

Beratur Separuh Bogel Untuk Dapatkan Coli Dan Seluar Dalam Percuma (Gambar)

    
SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini, lapor portal Mynewshub.
2


Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.
“Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga,” kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun.
Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual’s Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun.
Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan.