Showing posts with label emma maembong putus. Show all posts
Showing posts with label emma maembong putus. Show all posts

Punca Sebenar Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Terjawab....

Punca Sebenar Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak, Terjawab....

Ini merupakan kali kedua kisah perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak dipaparkan di dada media dalam masa tiga minggu dan kali ini ianya nampak seakan hubungan mereka seperti tidak dapat diselamatkan lagi dengan pihak perempuan sudah tawar hati — khabarnya.

Utusan Malaysia semalam menulis yang Emma Maembong sendiri meminta kepada Zizan Razak supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi dan pelakon itu sendiri boleh dilihat terbang bercuti ke Pattaya, Thailand bersama rakan rakan untuk menenangkan hati.
BACA
Menerusi Instagram beliau juga, Emma Maembong memuat naik klip lagu berjudul Already Gonenyanyian Kelly Clarkson yang ramai sedia maklum lagu rasmi untuk mereka yang sedang patah hati dengan kekasih yang tidak menghargai. Cewah.
Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak? - ROTIKAYA
Apa pun kami berharap khabar angin ini sekadar khabar angin dan Emma Maembong juga Zizan Razak sendiri boleh mencari jalan damai jika ada masalah antara kalian. Sayang kasih yang dibina bertahun jika terlerai begitu sahaja. Peminat pasti menangis. (rtky/m)

LUAHAN HATI EMMA MAEMBONG PUNCA PUTUS CINTA DAN BERPISAH DENGAN ZIZAN

LUAHAN HATI EMMA MAEMBONG PUNCA PUTUS CINTA DAN BERPISAH DENGAN ZIZAN


Akhirnya kisah cinta pasangan selebriti popular
 Zizan Razak dan Emma Maembong yang terlerai jua. Sudah tentu ia mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat mereka. Di saat ramai yang menanti tarikh hari bahagia mereka akhirnya lain pula yang terjadi.


Luahan hati Emma Maembong punca putus cinta dan berpisah dengan Zizan – Menerusi sumber media, Zizan yang dihubungi tidak langsung memberi maklum balas mengenai isu berkenaan. Namun Emma Maembong ada meluahkan sesuatu mengenai apa yang berlaku antaranya dengan Zizan.
BURGERBYTE ZIZAN
Menurut Emma, mereka (dia dan Zizan) menjalinkan cinta sejak dua tahun lalu. Menurut Emma, hubungan beliau dengan Zizan sudah lama goyang. Cuma baru-baru ini saja beliau nekad membulatkan keputusan meninggalkan Zizan.
Daripada kata-kata Emma seperti apa yang diharap dalam hubungan mereka tidak berkesudahan dengan baik. Dalam pada itu, Emma juga menyangkal jika ada yang menuduh dia sudah mengikis duit Zizan dan kemudian tergamak meninggalkan lelaki itu
“Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja. Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati.
“Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga.”
LUAHAN HATI EMMA MAEMBONG PUNCA PUTUS CINTA DAN BERPISAH DENGAN ZIZAN 2
“Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya. Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya,” katanya sebagaimana dipetik laporan BH Online.