Showing posts with label fathia latif. Show all posts
Showing posts with label fathia latif. Show all posts

Muka Melecur Kerana Botox - Fathia Saman Hospital?




Bukan realiti tetapi ia adalah lakonan Fathia Latiff semata-mata bagi menjayakan watak seorang isteri yang begitu gilakan suntikan botox.

Menurut Fathia, wataknya dalam telemovie tersebut adalah watak paling sukar kerana perlu meyakinkan penonton bahawa dia berada dalam kesakitan akibat daripada suntikan botox.

“Bagi saya, ini adalah watak paling berat yang pernah saya bawa. Kesakitan yang saya lakonkan perlu nampak real kerana ingin menunjukkan keperitan dan kesengsaraan yang terpaksa saya tanggung akibat suntikan botox.

“Tetapi apa yang berlaku terhadap wajah perempuan yang saya lakonkan itu adalah disebabkan kawannya yang iri hati dengan kecantikannya dan telah meletakkan racun ke dalam botox tersebut,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai jalan cerita drama tersebut, Fathia memberitahu ia merupakan sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan menyayat hati.

Mengisahkan seorang suami iaitu lakonan Fahrin Ahmad yang begitu mengagungkan kejelitaan wajah isterinya sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk isterinya menjalani rawatan kecantikan muka.

Tetapi keadaan wajah wanita itu tidak seperti yang diinginkan kerana kawan lamanya lakonan Raja Ilya telah memasukkan racun ke dalam botox yang digunakan. Hal itu menyebabkan dia mengalami keperitan dan kesakitan sehingga dia disahkan mengalami penyakit kanser kulit.

Suaminya pula kemalangan jalan raya sehingga buta penglihatan. Namun suaminya terpaksa pura-pura buta kerana ingin menjaga hati isterinya yang begitu paranoid dengan wajah yang semakin teruk.

Setelah lama menderita, akhirnya wanita tersebut meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa suaminya itu sebenarnya masih boleh melihat.
Dalam pada itu, telemovie berdasarkan kisah benar itu bakal dipertontonkan Februari ini yang masih belum diketahui tarikhnya dan akan ditayangkan menerusi slot cerekarama siaran TV3.

Gambar Fathia Latif yang Seksi Memukau



Fathia Latiff Tampil Sungguh Anggun Di Majlis Pelancaran Haruman Baru Avon Only Delight ! (6 Foto) - Wow... sesungguhnya penampilan Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight baru-baru ini begitu memukau dan terlampau cantik.

Fathia bukan sahaja memiliki ketinggian sebagai seorang model produk malah mempunyai raut wajah yang jelitawan serta bentuk badan yang solid.

Ramai wanita di luar sana tentu teruja untuk memiliki pakej bentuk badan dan wajah seperti Fathia namun itulah anugerah yang diberikan Allah kepada pelakon berusia 28 tahun itu.

Jom, layan 5 keping gambar terkini Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight.