Showing posts with label isteri curang. Show all posts
Showing posts with label isteri curang. Show all posts

Isteri Curang Dipaksa Susukan Kekasih Dikhalayak Ramai

Akibat berlaku curang, seorang wanita yang sudah mempunyai suami dan dua orang anak dipukul dan dipaksa menyusukan kekasihnya di hadapan orang ramai kerana telah berlaku curang.

Selain itu, untuk memalukan lagi Wanita yang berusia 24 itu yang menetap di kampung Wardha di Mudhya Predesh turut dicukur kepala sebagai hukuman.

Menurut pihak polis, wanita tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang berusia 20an yang dikenali sebagai Kamlesh.

Pasangan ini yang telah melarikan diri bagaimanapun berjaya dikesan oleh si suami dan membawa pasangan itu kepada ketua kampung.

Biarpun si suami tidak bersetuju dengan hukuman itu, namun orang kampung tetap mahukan hukuman itu dilaksanakan.

Bagaimanapun setelah kejadian itu, pasangan itu telah membuat laporan polis dan beberapa orang telah ditahan.

Bekas 'Pelakon' Kecewa Melihat Isteri Berpelukan Ghairah di Dalam Hotel

Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.

“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997). 

Suami Cekup Isteri Bersama Awang Hitam Dalam Bilik Hotel

Suami Cekup Isteri Bersama Awang Hitam Dalam Bilik Hotel




     
2

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, lapor portal HarianMetro kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.


“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.
“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.
“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.
“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.
Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.
Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Rakaman Lucah : Isteri Ke Balai Polis Buat Aduan Dipaksa & Dipukul





Kuala Lumpur: Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit kerana menghalangnya daripada berbuat demikian.

Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak tahan dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video isterinya yg sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan wanita terbabit.

“Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta suaminya memadamkan video yg direkodkan itu.

“Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk isterinya untuk merakamkan adegan mereka berasmara,” katanya memberitahu permintaan itu juga turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik suaminya itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.

“Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak kepala mangsa di dinding bilik dan almari.

Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan ketika itu, mangsa hanya mampu merayu dikasihani.“Lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh isterinya itu sebelum meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, mangsa yg mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan.

Isteri Dipukul Akibat Pakai Kurung Ketat Dan Melekat

Isteri Dipukul Akibat Pakai Kurung Ketat Dan Melekat



Isteri Dipukul Akibat Pakai Kurung Ketat dan Melekat | Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera. Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.
Menurut sumber sebelum kejadian si suami mengajak isterinya makan diluar, namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah, lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.

Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam. Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat, katanya ketika dhubungi semalam.

Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali. Tidak cukup dengan itu dia turut memukul badan mangsa dengan penyangkut baju hingga wanita itu cedera di mulut dan lebam dibadan. Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak.