Showing posts with label jenayah 2015. Show all posts
Showing posts with label jenayah 2015. Show all posts

Sayu ! Bapa Pegang Kepala Anak Terputus Selepas Kemalangan


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan gambar-gambar kemalangan ngeri melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersebar dalam laman sosial berlaku di Jalan Jeniang-Gurun petang semalam seperti didakwa.


Pegawai Perhubungan Awam JBPM negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata gambar kemalangan ngeri membabitkan kanak-kanak itu dipercayai berlaku di luar negara.


Beliau berkata kejadian kemalangan petang semalam di jalan terbabit melibatkan kematian dua lelaki tempatan berumur 23 tahun dan 30-an yang berada dalam kenderaan jenis Proton Wira.


“Wanita yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


“Perbandingan gambar yang diambil oleh anggota JBPM dan gambar yang tersebar dalam laman sosial berbeza dari segi lokasi dan keadaan jalan raya seperti keadaan bahu jalan bertanah merah, manakala bahu jalan tempat kemalangan petang semalam berumput hijau,” katanya.

Artis Wanita Ditangkap Kerana Menjadi "ESCORT GIRL" VVIP?




Harian Metro hari ini melaporkan yang pihak polis kini sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.



Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.

“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis peneman ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehingga ke perkhidmatan di ranjang.

“Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi.