Showing posts with label nora danish. Show all posts
Showing posts with label nora danish. Show all posts

Nora Danish nafi putus cinta dengan Nedim Razak


Duta baru produk Safi Rania Gold, Nora Danish menjelaskan yang hubungannya bersama Nedim Nazri masih seperti sedia kala dan menafikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai gambar di laman sosial Instagramnya yang berkapsyen The End yang bermaksud dia telah putus hubungan bersama kekasihnya itu.

Tetapi apa yang menghairankan di sini, dia tidak mengetahui langsung akan perkara tersebut dan apabila diajukan soalan ini dia hanya mampu tergelak sambil tersenyum sahaja.

“Saya tak perasan patutlah komen- komen kat Instagram tanya betul ke saya dah break. ‘The End’ itu bermaksud ‘The End of That Night’, mungkin orang salah faham. Apa yang penting di sini saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial sekiranya ‘break’ atau bergaduh.”

“Cuma saya guna kapsyen di media sosial untuk luahkan rasa rindu terhadap Rayqal bila kadang kadang dia tinggal di rumah lain,” jelasnya sambil ketawa.

Nora turut memberitahu bahawa Rayqal kini sudah masuk ke darjah satu di sekolah antarabangsa. Dia sebagai seorang ibu agak berdebar kerana melihatkan anaknya yang sudah membesar. Baru-baru ini apa yang mencuit hati Nora apabila putera sulungnya itu meluahkan hasrat mahukan adik.

“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak setiap hari”

“Jadi saya boleh tahu apa kerja sekolah dia hari ini dan begitu juga dengan pelajaran mana yang dia mahir dan sebaliknya. Dia juga ada suruh saya melahirkan seorang bayi. Katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” katanya sambil tersenyum.

Selepas pulang dari penggambaran video klip bersama Nomad di Bali, kini dia dilantik pula menjadi duta kepada produk kecantikan ternama Malaysia Safi Rania Gold. Sebelum ini selebriti terkenal yang pernah menjadi duta ialah Rozita Che Wan.











PANAS !!! NORA DANISH Kongsi Foto Tidak Berbaju Dikecam Hebat Oleh Peminat !!!



Pelakon jelita Nora Danish telah memuatnaik sekeping gambar di laman sosial peribadinya.... Gambar tersebut menunjukkan ak-si mengg0da Nora Danish untuk tatapan para peminat....

Panas!!..Nora Danish kongsi foto tak berbaju dikecam teruk peminat !!!
Ekoran itu, macam-macam andaian timbul mengenai gambar tersebut oleh pengikut laman sosialnya. Biasalah peminat mudah melatah setiap apa yang selebriti kesayangan mereka buat benda yang elok pun mereka berperasangka buruk itu lah asam garam dunia selebriti....


6 Gambar Nora Danish Sexy Berbikini semasa bercuti Di Thailand!

Dimorian Crew

Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tersayang dan rakan-rakan rapat.

Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand pula. 

Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem.


Dimorian Crew

Dimorian Crew

Dimorian Crew

Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala.

Di bawah adalah gambar terkini percutian hangat geng Dimorian Crew di Thailand.

Dimorian Crew

Apa yang menarik dan hangat ialah aksi berbikini ahli-ahli wanitanya ketika mandi manda di lautan.

Dimorian Crew

Dimorian Crew

Dan Nora Danish? Entah, tak perasan pula, tapi sempat juga beliau twitkan sesuatu:

Dimorian Crew

"Pada siapa yang mengfitnah dan mengeji di laman sosial, get rest now, or go on holiday," ujar Nora Danish yang ikut serta dalam percutian itu bersama teman tapi mesranya Nedim Nazri.