Showing posts with label pelajar perempuan. Show all posts
Showing posts with label pelajar perempuan. Show all posts

Leka dengar lagu, Pelajar maut dilanggar keretapi


gambar hiasan

gambar hiasanPelajar perempuan terbunuh selepas dilanggar keretapi ketika sedang leka mendengar lagu One Direction.

VALIEVO - SERBIA. Seorang pelajar perempuan terbunuh selepas dilanggar keretapi ketika sedang leka mendengar lagu dari kumpulan pujaannya, One Direction.

Ketika kejadian, Jana Djuric, 15, sedang berjalan pulang dari sekolah dengan seorang kawannya, menggunakan jalan pintas iaitu melalui landasan keretapi.

Rakannya, Valerija, 15, berkata kami sedang mendengar lagu One Direction dan dia kemudiannya mendahului saya berlari ke landasan keretapi.

"Landasan kereta api ditutup 10 bulan sebelum ini, dan kami tidak tahu ia sudah kembali beroperasi".

"Jana menari dan menyayi dan kemudian tiba-tiba keretapi muncul dan melanggarnya", katanya dipetik Mirror.uk.

Sementara itu, selepas menghentikan kereta api berkenaan, pemandu keretapi menelefon perkhidmatan kecemasan.

"Ibu bapa gadis itu telah dimaklumkan mengenai tragedi itu." kata jurucakap polis.

Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas


Hanya pelajar Melayu boleh pakai baju kurung menurut pihak sekolah- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian,"katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung.