Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

VIDEO: Ekonomi Dalam Keadaan Tenat, GST Perlu Ditangguhkan - Tengku Razaleigh Hamzah



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di dalam dewan Parlimen hari ini meminta pihak kerajaan Malaysia agar menangguhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana keadaan ekonomi negara yang tenat.

Belaiu berucap demikian ketika menggulung sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, pelaksanaan GST akan menambah bebanan untuk rakyat yang kini sudahpun dibebani hutang kerana keadaan ekonomi negara yang perlahan.

"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. 

"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. 

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.

"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. 

"Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.

Ku Li juga melahirkan kebimbangannya terhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.

"Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya. 

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau.

Untuk pengetahuan anda, Ku LI merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

 Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak. - Siakapkeli.com.my

Kerana Video dan Gambar, Guru ini diugut oleh 2 Pelajarnya untuk tidur bersama atau disebar..!!



BALIK PULAU – Seorang remaja mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis Khamis lalu.




Dengan pengakuan itu, mahkamah majistret di sini menetapkan 21 April depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang guru warga Perancis.
Majistret Muhammad Najib Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, remaja berusia 17 tahun itu didakwa mencabul guru berusia 35 tahun itu antara jam 1.10 petang hingga 2 petang di denai hutan Taman Negara Teluk Bahang, 27 Februari lalu.

Tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik Mohd Nadzri Md Isa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara jam 11 pagi hingga 9.40 malam, 16 April 2012.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bengkel Kereta Ismail di Jalan Teluk Kumbar Bayan Lepas di sini yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu dia menghadapi satu pertuduhan pilihan iaitu memiliki harta curi iaitu motosikal sama milik Mohd Nadzri Md Isa pada jam 5.05 petang 30 Mei 2012 di lampu isyarat Jalan Tengah, Bayan Baru.

Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Farhan Aziz memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kesalahan bagi menunggu sebutan semula kes.

Muhammad Najib kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap kesalahan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

[Video] Pelajar Perempuan Bogel Sambil Menipu Ibunya Tersebar


Sebuah video pendek yang memaparkan seorang gadis Melayu yang keadaan berbogel telah menelefon ibunya untuk menipu dengan mengatakan dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar luas di laman sosial.

Menerusi video tersebut, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip.


Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air dalam keadaan tanpa seutas benang pada tubuh gadis itu.