Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts

Peminat VIrus Kecewa? Mengamuk Dekat Astro Bukit Jalil?




Rata-rata peminat VIRUS kecewa dengan persembahan kumpulan Virus yang menggandingkan Zizan Razak dengan Kumpulan Jambu. Walaupun begitu, Tauke, Yus Jambu menyerahkan segala-galanya kepada semua yang menilai. Mereka telah mencuba sebaik yang termampu, namun nampaknya rezeki tidak menyebelahi mereka.  Berikut adalah pandangan-pandangan peminat Virus dalam media sosial.

*keratan pandangan peminat

keratan pandangan peminat

keratan pandangan peminat


              keratan pandang peminat



Walau bagaimana pun, admin ingin mengingatkan, janganlah kita terus menghina dan mengutuk kumpulan Virus? Mungkin tiada keserasiaan di antara mereka semua, atau mungkin pandangan atau mentaliti umum telah menidakkan lawak-lawak mereka yang terdahulu sangat menggelikan hati. 

Ingat, bukan semua orang, dan bukan mudah untuk buat lawak untuk menghiburkan semua orang. Admin nak suruh semua fikir, '' Korang ingat, korang semua lawak''? 



Jadi, teruslah memberikan sokongan moral kepada mereka semua dan kumpulan-kumpulan peserta Maharajalawak Mega 2014 yang tidak bernasib baik untuk sampai ke final MLM.

Akhirnya Johan Raja Lawak mengejutkan Zizan bersama Virus di MLM2014


Sebagaimana yang kita maklum, kumpulan Jozan bagaikan sudah berpecah. Dimana untuk Maharaja Lawak Mega 2014 hanya Zizan sahaja yang menyertainya dan membentuk kumpulan baru bersama Tauke dan Yus dari kumpulan Jambu dengan menggunakan nama Virus.



Komen Johan mengenai persembahan Zizan bersama Virus dalam MLM2014 – Sebab Johan tidak sertai MLM2014 rasanya ramai sudah tahu. Kalau belum, jom baca disini: JOHAN DEDAH 3 SEBAB TAK SERTAI MAHARAJA LAWAK MEGA 2014. Berbicara mengenai kerjaya, Johan mengakui komitmennya kini sepenuhnya sebagai penyampai ERA.

“Buat masa ini saya nak berehat daripada ambil tawaran lain. Kerja sebagai penyampai radio pun mencabar kerana saya perlu berada di konti awal pagi. Saya hanya ambil tawaran yang tak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar kerana saya kena ba­nyak berehat,” katanya.

KOMEN JOHAN MENGENAI PERSEMBAHAN ZIZAN BERSAMA VIRUS DALAM MLM2014

Diusik soalan mengenai pasangannya, Zizan yang kini bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Tauke dan Yus dalam kumpulan Virus, Johan ketawa sambil memberi pendapat peribadi.

“Saya lihat Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir,” katanya.

Hmm.. Nampaknya Johan beri sokongan penuh juga tu kepada Zizan dan Virus. Seperti penjelasan Johan dan Zizan sebelum ini, mereka bukan berpecah, tetapi mungkin tak ada rezeki untuk bergandingan pada tahun ini. Apapun, kami di ammboi.com pasti ramai yang merindui gandingan mereka kan?