Showing posts with label wawa zainal. Show all posts
Showing posts with label wawa zainal. Show all posts

AWESOME!!! Adik Wawa Zainal Yang Cun, Dan Menggoda #4 Gambar


Pelakon terkenal, Wawa Zainal merangkap isteri kepada Aeril Zafrel sememangnya antara artis wanita yg memiliki kejelitaan dan kecantikan yg mempersonakan.

Wawa Zainal berasal dari Lahad Datu, Sabah dan dilahirkan dalam sebuah keluarga campuran Brunei, Bajau, Filipino dan Melayu. Aktres berusia 23 tahun itu merupakan anak kelapan daripada 11 orang adik-beradik.

Wawa sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan yg juga memiliki kecantikan memukau dan ada iras-iras wajahnya. Mari kita skodeng beberapa gambar adik Wawa Zainal yg Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda.














Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini
aeril zafrel  wawa zainal bakal bersanding 31 januari ini

KUALA LUMPUR , 20 JAN 2014: Buat pertama kalinya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akui bakal bersanding pada 31 Januari ini di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah.
Namun persandingan itu diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas mereka dipilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

"Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.
"Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

"Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali," katanya ketika sidang media mengumumkan mereka sebagai duta MINWEF.

Festival tersebut akan bermula pada 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.
Antara 5 hari yang terbesar dan seumpamanya di peringkat wilayah Utara anjuran Big Pictures Event Sdn Bhd ini disertai lebih 80 pemamer dengan 103 ruang pameran.

Mengulas mengenai perasaan mereka yang pertama kali bersanding di atas pelamin, masing-masing akui malu dan gementar.
"Saya lebih rasa malu dan gementar kerana yelah kami bukanlah pengantin baru malah dah anak seorang pun.

"Sebelum ni pun kami memang merancang untuk bersanding tetapi rasanya sudah tak perlu kerana ramai sudah pun mengetahui mengenai perkahwinan kami.
"Tapi bila tiba-tiba dapat tawaran ni tu yang rasa gementar kerana bila berlakon lain dan nak bersanding lain," katanya.
MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan 'One-Stpp Wedding Centre' yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan.