Ayda Jebat Hormati Permintaan Izzue Islam Tidak Mahu Bersentuhan



Ayda Jebat merupakan isteri kepada Izzue Islam di dalam drama  Suami Sebelah Rumah. Selalunya kalau watak suami isteri dalam drama-drama sebelum ini, adegan berpelukan, berpegangan tangan, berbaring di atas katil dan sebagainya adalah satu norma. Namun oleh kerana syarat Izzue Islam yang tidak mahu melakukan sebarang adegan bersentuhan dengan pelakon wanita, babak-babak tersebut tidak boleh dilakonkan.
ayda jebat
Ayda Jebat melahirkan rasa hormatnya terhadap permintaan Izzue Islam dan menganggap syarat yang diletakkan adalah sebagai satu cabaran buat dirinya. Kata Ayda:-
Awalnya saya rasa terbatas apabila Izzue beritahu babak romantik yang dia tidak boleh lakukan misalnya di atas katil. Namun, apabila saya fikirkan semula, jika dia tidak sanggup, saya pun tidak sanggup. Lagipun ada baiknya sebab dia sudah berkahwin dan saya menghormati permintaan dia.
Saya juga terfikir apabila nanti saya sudah kahwin dan masih berlakon, kalau ada perkara yang saya tidak boleh buat, saya harap orang lain juga akan menghormatinya.
Walaupun kami tidak boleh tunjukkan romantik dengan cara bersentuhan atau berpeluk tetapi Izzue ada juga memberi cadangan untuk aksi romantik dan intim itu divisualkan dengan cara lain dan kami juga berbincang dengan pengarah.
Selain itu, cara percakapan dan pandangan mata sudah boleh menggambarkan hubungan romantik tanpa kami perlu berpegangan tangan.
izzue islam
Abang Nara dapat rasakan syarat yang diletakkan oleh Izzue Islam ini bakal merevolusikan dunia hiburan tanah air. Sebelum ini tak ada lagi mana-mana pelakon yang dengan terbukanya mengemukakan syarat sebegini. Sekurang-kurangnya ia akan melatih minda pengarah untuk berfikir di luar kotak. Tak adalah asal nak romantik je kena peluk dan pegang tangan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment