“Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa,” dedah sumber.
Menerusi ‘Whatsapp’ yang dikirim kepada Astro Gempak pada Ahad, sumber turut mendedahkan foto lelaki yang didakwa kekasih pelakon yang sinonim dengan filem seram tersebut.
“Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang).
“Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la…Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.
“Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’? ” luah sumber menerusi nota suara Whatsapp.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan yang seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.
Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.
Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram
0 comments:
Post a Comment