Sari Yanti Sah Bercerai Secara Tebus Talak





Jika sebelum ini Sari Yanti mengambil pendirian berdiam diri apabila disoal mengenai soal penceraiannya, kini Sari Yanti sudah disahkan bercerai dengan suaminya.

Menerusi laporan dari Mangga Online, Sari Yanti & Mohd Edy Casmadi telah sah bercerai secara tebus talak pada 11 Disember lalu.

Mereka telah pun bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban yang mana pihak defendan iaitu Sari Yanti dikehendaki membayar RM10,000,” menurut peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pihak lelaki.

Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah telah menetapkan 9 Februari tahun hadapan sebagai perbicaraan penyelesaian kes nusyuz secara baik antara kedua-dua belah pihak. -

**Tebus talak adalah sejenis penceraian yang mana penceraian itu diminta oleh si isteri membayar ganti rugi kepada si suami.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment