Rozita Che Wan merupakan antara selebriti yang menjadi tumpuan ketika mengandung kerana berat badannya naik mendadak.
Ketika melahirkan anaknya Aaisyah Dhia Rana, berat badan Che Ta mencecah 75 kilogram. Namun yang terkini, selepas dua bulan setengah, berat badan Che Ta menurun kepada 58 kilogram.
Ukuran pinggang Che Ta juga turun mendadak dari 41 inci kepada yang terkini 26 inci. Macam anak dara gitu.
Mesti ramai nak tahu apa rahsianya kan. Ini jawapan dari Rozita Che Wan: (via Mangga)
“Masa sedang mengandung lima atau enam bulan, kita dapat tawaran jadi duta produk pelangsingan, Idola. Kita tanya kat manager kita, Afeeq, bagus tak produk ni.
“Kami berbincang dan bercadang untuk mencuba sendiri produk ni. Selepas bersalin dan habis makan ubat yang diberikan oleh doktor, barulah kita cuba sendiri produk ini.
“Paling penting, kita tertarik sebab ia tak menjejaskan proses penyusuan baby kerana ia diperbuat daripada buah-buahan,”
Sementara itu, Rozita Che Wan juga akui menerima banyak tawaran menguruskan dan menurunkan berat badan termasuk dari slimming center. Tapi Che Ta memilih produk sahaja kerana malas nak ke slimming centre.
Ini komen Che Ta:
“Kalau jadi duta slimming centre, kita kena pergi ke pusat berkenaan dan perlu jalani macam-macam proses termasuk balut sana, balut sini, berjam-jam lamanya.
“Tapi kita ni malas dan tak ada masa nak buat itu semua. Jadi kita lebih berminat dengan produk yang mudah tapi bagus macam Idola.
“Kita cuma perlu ambil produk ini sehari sekali iaitu sebelum sarapan. Ternyata ia memang melawaskan dan membuang toksik-toksik dalam badan,”
Bintang yang terkenal dengan penampilan anggunnya ini juga mengakui yang dia mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing setelah melahirkan anak pertamanya bersama Zain Saidin.
“Kita dah dapat turunkan 17 kilogram dan bercadang nak kecilkan lagi ukuran pinggang kembali kepada 22 inci macam semasa sebelum mengandung dulu,”
Che Ta kini merupakan duta produk pelangsing Idola dan ternyata berjaya menuaikan hasilnya. Jom layan gambar terkini Rozita Che Wan.
0 comments:
Post a Comment