CER TEKA, NIE McNUGGET ATAU McCACING..??
Nikki Sanders, 30, berkata dia telah telah memakan sedikit dari nugget tersebut dan mendapati terdapat satu bendasing seolah-olah daging bergerak-gerak di dalam nugget tersebut. Menurutnya lagi, dia memakan nugget tersebut di Tamworth's Ventura Park, UK.
"Saya sangat cerewet tentang soal makanan dan apabila saya melihat apa yang ada dalam McNugget saya terus kaku," kata Nikki, dari Atherstone, memetik laporan dari Birmingham Mail
Suami kepada Nikki, Neil menyifatkan objek itu sebagai 'McWorm' dan berkata "Apa yang dirisaukan adalah Nikki telah pun menelannya".
"Ia kelihatan seperti cacing, tapi saya tak boleh sahkan sehingga ujian mengesahkan ia betul".
"Apa pun benda itu, ia tidak patut ada disitu."
Neil turut mendakwa salah seorang staf memberitahu dia "Kami akan cuba bagi ganti rugi". Tetapi Neil membalas "Saya tak mahu voucher, Saya mahu penjelasan".
Seorang jurucakap dari McDonald berkata "Kami merasa bersalah atas pengalaman buruk yang terpaksa dilalui oleh Mr Sanders ketika di restoran kami. Kami telah melancarkan penyiasatan dan objek terbabit akan dihantar kepada pakar untuk proses pengenalpastian".
0 comments:
Post a Comment