Kemangkatan Raja Arab Saudi, tanah Syam, revolusi Syria dan Ramalan Sheikh Imran Hosein
Dalam hadis2 akhir zaman, ada disebutkan tentang kejadian2 yang bakal berlaku hampir kepada munculnya Imam Al-Mahdi, iaitu :
"Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau." [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi ].
berdasarkan hadis di atas, ada ulamak menerangkan bahawa hadis di atas sudah berlaku iaitu berdalil dengan kematian Raja Faisal, raja Arab Saudi pada 1975. Mereka juga berdalil bahawa kematian Raja Faisal dituruti dengan perang Lubnan yang melibatkan tanah Sham / Syam ( Syria, Jordan, Palestin, Lubnan ).Perang ini berlaku pada 1975 hingga 1990. Namun persoalannya, adakah Imam Mahdi sudah muncul seperti yang dinyatakan oleh sebahagian lagi hadis tersebut? jawapannya sudah tentu tidak.
Ramalan Sheikh Imran Hosein
Sheikh Imran Hosein dalam menerangkan hadis ini memberi pendapat beliau yang berbeza bahawa hadis ini belum berlaku. Beliau berpendapat kematian khalifah yang disebut hadis di atas adalah berkait rapat dengan situasi Raja Abdullah, Raja Arab saudi sekarang yang dilaporkan tenat, malah ada setengah laman seperti web bisness insider yang melaporkan beliau sudah mangkat dan urusan pentadbiran dipangku oleh menteri-menterinya.
Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Azis |
Tidak dinafikan bahawa beliau dilanda masalah kesihatan jantung, lebih-lebih lagi umurnya juga sudah mencecah usia 80 an. Sheikh Imran berpendapat kemangkatan Raja Abdullah menandakan dekatnya berlaku kiamat. Ini kerana selepas para imam (7) dari seluruh pelusuk negara membai'ah imam Mahdi di Mekah.Justeru akan datang sekumpulan tentera dari Syria ( syam) yang dihantar untuk menentang imam Mahdi namun mereka akan ditelan bumi.
salji
terdapat hadis lain yang berkaitan mengatakan kematian khalifah ini akan mengakibatkan berlaku perebutan kuasa, iaitu :-
dari Sauban, r.a.. Rasullulah s.a.w. bersabda maksudnya, " akan berbunuhan di tempat simpanan Kaabah. kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada bekas khalifah.maka tidak seorang pun dari mereka akan dapat (harta itu atau menjadi khalifah ). Kemudian muncullah panji2 hitam dari timur. lalu mereka akan membunuh kamu semua (dengan pembunuhan yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana mana kaum pun.Kemudian baginda menyebut sesuatu yang saya tidak berapa ingat.Kemudian baginda bersabda maka jika kamu melihatnya, maka hendaklah kamu segera berbai'ah dengannya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana disisinya adalah khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi"
Gambar salji di tengah padang pasir Tabuk, Arab saudi, awal tahun 2012 |
maka perang lubnan sudah semestinya tidak merujuk kepada hadis di atas kerana pencetus akan perang ini dipercayai kerana kompromi politik dan konflik sebaik sahaja berakhirnya pentadbiran Lubnan oleh Empayar Uthmaniyyah, bukan kerana perebutan kuasa adik beradik
hadis di atas juga diyakini belum lagi berlaku kerana kita tiada kedengaran lagi tentera dari syam yang dihantar ke Mekah dan ditelan bumi.
Revolusi Syria
tetapi jika apa yang sheikh Imran kata itu benar, maka revolusi syria mungkin akan berterusan sehingga imam Mahdi lah muncul . Kenapa berterusan? ini kerana tentera dari syam yang dihantar untuk memerangi imam mahdi itu sudah semestinya bukan dari mujahidin syria (FSA) melainkan musuh Islam iaitu Sekutu bashar assad ( syiah Iran, China, Russia ) atau tentera NATO.
say no to Peacekeeping forces in Syria |
namun besar kemungkinan kuasa luar seperti Russia, China, dan NATO mustahil adalah tentera yang dihantar dari syam untuk menentang Imam Mahdi. Ini kerana secara logiknya mereka tiada sebab untuk menentang baiah imam Mahdi. mereka adala orang luar dan tradisi membaiah ini melibtkan orang orang arab. Justeru besar kemungkinan tentera yang diutus itu adalah dari syiah. Ini kerana syiah, walaupun dari keturunan parsi (bukan arab) mempercayai akan kedatangan imam Mahdi mesti dari imam mereka yang ke 12 ( imam syiah) dan upacara membai'ah imam Mahdi dari golongan sunni sudah tentu tidak dipersetujui dan ditentang sekeras-kerasnya oleh mereka.
jikalau tentera NATO, jika ditakdirkan mereka menjajah syria (nauzubillah) maka mustahil pula dihantar dari syam untuk memerangi imam Mahdi di Arab Saudi, kerana kita maklum pangkalan tentera NATO sudah ada di Arab Saudi. Maka tidak perlu tentera NATO datang dari Syria, boleh sahaja dihantar terus dari pangkalan tentera di Arab Saudi.
bendera Tentera Pembebesan Syria (FSA) |
Jika benar tentera syiah yang dihantar dari Syam untuk memerangi imam Mahdi, maka diyakini bahawa peperangan revolusi syria akan tetap berlaku. Ini disokong lagi dari sumber yang dipercayai bahawa Bashar Al-Assad ( syiah nursairiyah ) meminta bantuan ketenteraan dari syiah Iran dan syiah dari Iraq serta syiah Lubnan (hizbullat) dalam menolong nya melawan mujahidin di Syria dan bantuan ini masih di salurkan sampai sekarang
hadis di atas juga menyokong teori Sheikh imran kerana Syria satu satunya tanah Syam yang berada disebelah timur dari tanah suci Kaabah selain Palestin, Jordan serta Lubnan.
maka dapat difahami juga bahawa revolusi Syria mungkin akan berterusan walaupun selepas kemangkatan Raja Abdullah yang bakal diumumkan nanti, sehinggalah kedatangan imam Mahdi insyaAllah... Wallau'alam..
0 comments:
Post a Comment