Menurut sumber, murid tahun enam di sebuah sekolah rendah di sini, dikatakan gagal menyiapkan kerja sekolah bagi mata pelajaran Matematik yang diberikan guru tersebut.
"Mereka diberi latihan yang banyak setiap hari bagi mencapai sasaran sekolah dalam UPSR tahun ini," katanya.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi guru berkenaan mencubit perut murid yang gagal menyiapkan kerja sekolah tetapi tindakan yang dilakukan kepada murid berkenaan adalah di luar batasan dan etika seorang guru.
"Tidak wajar bagi seorang guru bertindak sedemikian sehingga mendatangkan kecederaan, jika ingin menghukum sekalipun perlu ada nilai kemanusiaan," katanya.
0 comments:
Post a Comment