PANAS!!! Nur Fazura Buat Pengakuan Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam


Satu ketika dahulu, pada tahun 2013, pernah ada desas-desus mengenai hubungan percintaan antara Nur Fazura dan Shaheizy Sam. Mereka berdua didakwa dilihat oleh orang ramai berjalan sambil berpegangan tangan dan membuat aksi romantik seperti pasangan bercinta. Namun Shaheizy Sam telah tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Katanya tangan wanita yang dipegang itu adalah tangan ibunya, bukan Fazura.
fazura dan shaheizy sam bercinta
Namun menerusi rancangan Facing Up To Fazura yang dikeudarakan baru-baru ini, Nur Fazura akhirnya telah tampil dan membuat pengakuan bahawa dirinya pernah bercinta dengan Shaheizy Sam. Percintaan mereka berlaku 2 tahun yang lalu yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran tersebut. Hubungan mereka dikatakan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan langsung.
fazura dan shaheizy sam bercinta
Tidak seperti kisah dongeng, percintaan Fazura dan Shaheizy Sam tidak berakhir dengan kegembiraan. Hubungan mereka putus dan dikatakan berakhir dengan tidak berapa baik. Mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehingga promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dijalankan. Menerusi program itu juga, Fazura melahirkan rasa kejanggalan untuk bertemu kembali dengan Shaheizy Sam selepas 14 bulan tidak bertegur sapa.
fazura dan shaheizy sam bercintaMenarik juga program seperti Facing Up To Fazura ini kan? Habis terbongkar segala rahsia yang disimpan selama ini. Ternyata desas-desus dan khabar angin di dunia hiburan ini kebanyakannya adalah betul. Cuma bila ditanya macam biasalah artis kita malu-malu nak mengaku. Boleh difahami. Diharap selepas ini artis-artis lain turut sama diberi peluang untuk membuat program sebegini. Tentu ramai yang punyai rahsia menarik untuk dikongsikan bersama.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment