Peguam Noor Azah Azizan (kiri) dan Hashim Said menunjukkan laporan polis mendakwa Jais dan polis menyalahguna kuasa mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, Oktober 15 2014.
Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan, lapor TheMalaysianInsider hari ini.
Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.
Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.
“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.
0 comments:
Post a Comment