Bertuah sebenarnya jadi selebriti apabila rezeki tidak putus hadir jika mengumumkan bakal mendirikan rumahtangga. Terbaru, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari mengumumkan yang mereka bakal bernikah pada 13 Februari ini di kampung bakal pengantin perempuan.
Bercerita tentang persiapan majlis, Yana Samsudin mengakui kini semua sudah lebih 60% siap & mendedahkan beliau serta bakal suami menerima banyak tajaan dari pihak luar sehingga mampu menampung 90% kos perbelanjaan kahwin.
“Kad jemputan juga baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk para tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri,” ujarnya.
Yana Samsudin juga berkata tarikh yang dipilih bersama sebenarnya tidak membawa apa apa makna selain dari adik beliau dan Fadzil Zahari sendiri yang sedang bercuti memudahkan semua urusan untuk persiapan kahwin ketika ini.
0 comments:
Post a Comment