Baru sahaja 6 hari bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, pelakon jelita ini dihambat kontroversi apabila foto dirinya berada di sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur tersebar.
Berikutan itu, ramai yang menyelar Erin Malek sekaligus menganggap pelakon cantik itu gemar bersosial. Namun, di sebalik kritikan-kritikan tersebut, ada juga yang mendakwa bahawa foto tersebut merupakan lakonan semata-mata.
Terkini, menerusi laporan mStar Online, Erin akhirnya membuka mulut untuk menjawab isu terbabit setelah pulang daripada berbulan madu di Los Angeles. Nak tahu Erin jawab apa?
“Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut.”
Dalam pada itu, Erin turut berkongsi pengalamannya semasa berbulan madu di Los Angeles tempoh hari. Pelbagai destinasi menarik yang dia dan suami kunjungi tau.
“Ini merupakan kunjungan pertama kami di LA dan Vegas. Alhamdulillah, percutian kami amat menyeronokkan. Tiada sebarang perancangan yang teliti sebaliknya kami redah saja apa-apa yang menarik untuk dikunjungi. Di Vegas, kami juga sempat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa, Britney Spears.”
0 comments:
Post a Comment