Cetusan Bernas AMRAN FANS Tentang Isu GST… Part KOMEN Peminat Yang Paling TAK TAHAN !!! | Menjelang April ni, ramai rakyat Malaysia yang berdebar-debar.. Al maklum la GST bakal diimplementasinya dan terkini, ikon pujaan ramai belia negara, Amran Fans dari Petronas telah memberi komen dari tulus hatinya. Memang banyak benarnya kata si Amran ni. Di akhir sekali akan dinyatakan komen-komen belia yang turut diluah dari hati nurani.
GST .
Cukai dari kerajaan untuk rakyat . Cukai yang dipungut untuk menambahkan pendapatan negara .
Orang BN kata :-
” GST ni untuk pembangunan negara . Kemudahan awam , Hospital , Balai polis , Jalan raya . GST ni untuk anak cucu kita kemudian hari “
Orang PR kata :-
” GST ni membebankan rakyat . Ramai lagi orang miskin kat malaysia ni , negara maju tapi rakyat mundur buat apa ? “
Amran nak bagitahu .
Mungkin sekarang kita selesa dengan rumah besar , iphone 6 , kereta BMW , percutian ke luar negara setiap bulan .
Jika Allah menarik nikmat dunia yang kau miliki sekarang . Kau tiada apa apa melainkan bersujud kepadaNYA .
Fikirkan nasib fakir miskin , gelendangan , pengemis , pengutip tin dan kotak .
Semua orang kena GST . Semua orang kena bayar cukai . Tak cukup ke cukai selama ni yang kau bayar kerajaan ambil . Dan sekarang kau bersetuju dengan GST yang bakal mengambil pendapatan orang orang miskin ini ?
Kau canang kau lah bangsa Melayu yang mulia , kau canang orang cina itu pendatang di tanah melayu ini . Tapi bila GST dilaksanakan . Siapa yg ditindas ? Bangsa melayu dan semua bangsa yang ada ditanah melayu kau ini . Dimana sifat perkauman melayu kau ?
Pepatah MLM ada mengatakan :-
” Bisnes ni sekali seumur hidup je bro , bila lagi kita nak merasa hidup mewah , aku tolong kau sebab kau sebangsa aku , Melayu tolong Melayu bro . Kau tak nak ke ubah diri kau demi bangsa melayu kita ? Melayu tolong melayu bos , ini kereta 8 biji je ada dekat dunia ni bos “
KREDIT AMRAN FANS.
0 comments:
Post a Comment