Senarai Rumah-Rumah Yang Di Katakan Berhantu Di Shah Alam

1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam
Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.


2.Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam
Tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

 3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.


4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.


Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment