Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

HANYA ORANG BODOH BINCANG HUDUD DI MALAYSIA - NAZRI AZIZ





KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan, sesiapa yang melaksanakan hukum hudud di Malaysia adalah 'bodoh' kerana perlaksanaan itu memerlukan pindaan dibuat ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Menteri Pelancongan Malaysia berkata, undang-undang Islam itu hanya dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan yang mana perkara itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Jelas Nazri, di dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah yang termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah membicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka," katanya.

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba dibawa oleh PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan. Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, UMNO juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau UMNO nak buat pun bukan UMNO tak nak buat. UMNO tahu memang tidak boleh buat," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan. - The Malaysian Insider

[VIDEO] 5 Sebab Menagapa Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan- Kazim Elias


Hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat Malaysia bersatu menerima hukum tersebut. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.
Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam.Pasangan yg bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin).Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan diapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam ? Hanya pencuri beraga Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.
Cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu.Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud,barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima cadangan pindaan ini ? Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.
Jom tengok apa kata Ustaz Kazim Elias mengenai perkara ini.




Aisyah Mengaku Dibayar Untuk Kritik Video Hudud












Kami kecewa dengąn serangan peribadi ke atas penyampai dalam video tersebut, Aisyah Tajuddin, termasuk ancaman bunuh dan rogol.“Beliau (Aisyah) bukan pengąrang skrip video tersebut, oleh itu pandangan yang diajukan bukan pendiriannya,” kata BFM dalam kenyataan medianya.

Stesen radio berasaskan pernigaan, BFM melahirkan rasa kecewa ekoran ancaman bunuh dan rogol terhadap penyampainya, Aisyah Tajuddin kerana video kritik HUDUD – Gambar Malayskini
Kenyataan BFM menjelaskan bahawa Aisyah hanya menjalankan tugas sebagai pengacara video dan bukan menyampaikan pandangannya secara peribadi.

Video yang bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi? [Kupas]‘ dimuatnaik dalam laman web BFM dan Youtube menunjukkan Aisyah menyoal kepentingan Kelantan melaksąna hudud di sebalik pelbagai musibah yang dihadapi negeri itu seperti banjir dan masalah sosial yang melibatkan peningkatan kes melibatkan dadah dan perceraian.

“Agama digunakan untuk mengalih perhatian orang daripada isu-isu yang lebih berat seperti ekonomi dan pentadbiran,” petik kata Aisyah dalam video tersebut.

Dia juga menyindir jikalau undang-undang hudud itu boleh mengisi periuk nasi memandangkan negara berhadapan dengan isu yang lebih besar seperti kegawatąn ekonomi dan peningkatan hutang negara yang semakin serius.

Ekoran itu, pengacara dan stesen tersebut telah diąncam dengan pelbagai komen dan ugutan negatif secara peribadi.

Justeru, stesen radio tersebut mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan mengumumkan untuk memadamkan video yang dihasilkan oleh unit bahasa Melayunya dengąn kerjasama Projek Dialog.
“Kami ingin memohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.”

BFM turut menjelaskan tujuan video tersebut dihasilkan adalah bertujuan untuk memberi komentar secara satira. FMT

BAPA AISYAH BEKAS PROFESSOR UTM. SOKONG ANAKNYA HINA HUDUD






BAPA AISYAH BEKAS PROFESSOR UTM. SOKONG ANAKNYA HINA HUDUD | Bapa Aisyah sedih kerana anaknya diancam diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini.

Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita? Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita?

Di mana budaya ini datang? Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita? Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu?

Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?

Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan?

Apa sudah jadi? Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini. Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem 'Terminator' yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.

Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, "Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan".

Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini. Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.

Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri. Dengan kejadian ini, saya bertanya sekali lagi kepada rakyat Malaysia... selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini?

Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?

Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu.


Prof Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi adalah bekas pensyarah UTM.