Aisyah Mengaku Dibayar Untuk Kritik Video Hudud
Kami kecewa dengąn serangan peribadi ke atas penyampai dalam video tersebut, Aisyah Tajuddin, termasuk ancaman bunuh dan rogol.“Beliau (Aisyah) bukan pengąrang skrip video tersebut, oleh itu pandangan yang diajukan bukan pendiriannya,” kata BFM dalam kenyataan medianya.
Stesen radio berasaskan pernigaan, BFM melahirkan rasa kecewa ekoran ancaman bunuh dan rogol terhadap penyampainya, Aisyah Tajuddin kerana video kritik HUDUD – Gambar Malayskini
Kenyataan BFM menjelaskan bahawa Aisyah hanya menjalankan tugas sebagai pengacara video dan bukan menyampaikan pandangannya secara peribadi.
Video yang bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi? [Kupas]‘ dimuatnaik dalam laman web BFM dan Youtube menunjukkan Aisyah menyoal kepentingan Kelantan melaksąna hudud di sebalik pelbagai musibah yang dihadapi negeri itu seperti banjir dan masalah sosial yang melibatkan peningkatan kes melibatkan dadah dan perceraian.
“Agama digunakan untuk mengalih perhatian orang daripada isu-isu yang lebih berat seperti ekonomi dan pentadbiran,” petik kata Aisyah dalam video tersebut.
Dia juga menyindir jikalau undang-undang hudud itu boleh mengisi periuk nasi memandangkan negara berhadapan dengan isu yang lebih besar seperti kegawatąn ekonomi dan peningkatan hutang negara yang semakin serius.
Ekoran itu, pengacara dan stesen tersebut telah diąncam dengan pelbagai komen dan ugutan negatif secara peribadi.
Justeru, stesen radio tersebut mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan mengumumkan untuk memadamkan video yang dihasilkan oleh unit bahasa Melayunya dengąn kerjasama Projek Dialog.
“Kami ingin memohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.”
BFM turut menjelaskan tujuan video tersebut dihasilkan adalah bertujuan untuk memberi komentar secara satira. FMT
Itulah kesannya bila diberi akal, tapi tidak menggunakannya. Orang cerdik pandai yang memegang jawatan dan berpelajaran tinggi serta golongan profesional memilih untuk memenangkan Islam. Mengapa orang bodoh, sombong, miskin dan pemalas ingin menentang Islam??
ReplyDelete