Gambar Hiasan |
LEDANG - Seorang penjual produk kecantikan maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler dalam nahas di Kilometer 165 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Mason Lee, 20-an, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, insiden tersebut berlaku dalam kawasan rawat dan rehat (R&R) ketika kereta Perodua Myvi dipandu mangsa memasuki kawasan berkenaan.
Malangnya, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu merempuh belakang treler yang sedang memasuki ruang parkir di kawasan itu menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali.
“Rempuhan kuat itu juga mengakibatkan kereta terbabit remuk teruk di bahagian kanan hadapan sehingga mengorbankan pemandunya.
“Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak, itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan singgah ke R&R untuk berehat,” katanya.
Beliau berkata, pemandu treler yang membawa muatan bahan binaan konkrit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohamad Salleh berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Mujahidin Abd Aziz berkata, enam anggota bersama sebuah jentera terlibat kerja mengeluarkan mangsa.
Menurutnya, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

0 comments:
Post a Comment